Nih sambung balik cerita lepas buat muffin pandan tuh..
sebenarnya buat
muffin pandan malam2 tu bukan apa..
esok pepagi senang.. buleh wt
sarapan kan..?
tapi tu ler..
kat rumah aku ni..
kalau setakat sarapan
kuih-muih manis tu tak berapa laju sangat...
mesti nak kena ada gak yg
tak manis a.k.a sarapan savoury.
Makanya.. malam lepas buat muffin tu..
aku rajinkan diri memerap daging kisar ni utk buat sarapan yg agak
special sikit iaitu Syaksyukka namanya.. (sorry pd gambar silap tulis
nama)
Ada pernah dengar?
Aku pun baru first time dengar & tengok
dalam blog LeeLin ataupun Kucing Oren Gemok (KOG)
http://kucingorengemok.blogspot.com yang memang selalu makan kat
restoren pak arab nih.
Bila aku tengok resepi macam sedap & menarik
jer..
aku pun apa lagi..
terus le pi cari bahan2nya balik dari kerja
hari tu..
lagipun bahan2nya tak susah nak dpt..
laju je ler eksperimen
aku..hehe..
Bila dah perap mlm tu (perap & simpan peti ais bahagian
bawah) Pagi2 tu tinggal tumis & bakar je..
siap!!
Makan dengan roti
sandwich.
Senang! Ringkas! & yang penting meeeeeemanggg.. sedappp!!!
Tak SYAK lagi..
kami semua SYUKA dengan SYAKSYUKKA ni tambah2 bila
digandingkan dengan tomato tu... hehehehe....
Leelin..
Leelin..
TQ very
much kerana sudi share resepi yg best nih yer..
akak mintak izin copy
& paste resepi mu yg marbeles ni kat blog (& FP) akak.. akak tak
edit pun nih..
cuma ada tukar sikit tang daging tu jer.. hehe... so
kawan2.. tu resepi bahasa dak Leelin/KOG yer..
dia memang kelakar
orgnya..
blog dia best..
unik..
pi ler jenguk kalau korang lom pernah
masuk..
sure terpikat..
SYAKSYUKKA
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)
Masaknya:
2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi
Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.
Gambar sebelum masuk oven..

Yg ni baru keluar dari oven.
Dah kena touch up sikit.. kekekeke.. tak sabar nak mkn nih.. haha..
Jom makan!! Bismillahhirrohmanirrohim.....
Memang syedappp!! Try ler...!!
(Source)