Politik    Sosial    Budaya    Ekonomi    Wisata    Hiburan    Sepakbola    Kuliner    Film   

Entri yang Diunggulkan

8 Masalah Kesehatan Yang Muncul Dari Ruang Ber-AC

Berada di ruangan AC memang menyejukkan. Udara di luar yang sangat terik akan segera tergantikan dengan dinginnya ruangan. Namun kenyama...

Home » » ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY

ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY

Posted by Hari Hari Sehat Bersama on Minggu, 14 Juni 2015

Hari ni malas nak makan nasi, dah bosan dok makan nasik sesekali tukar selera jadi musang ratah ayam lak..hehhehe..
Buat ayam bako memang sedap, tambah lagi makan panas- panas dicicah dengan mayo bawang putih homemade memang mebuka selera.
Tambahan lagi aroma cumin amat memukau selera bagi yang tak lalu nk makan nasi.
Semasa panas- panas selepas keluar ayam dari oven tu, anda cepat-cepat removekan oven bag letakkan ayam di atas pinggan/dulang hidangan, taburkan dengan sedikit sea salt serta serbuk cumin dan belag/prtong kepada dua bahagian dan makanlah dengan roti pita arab...


ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY
1 ekor ayam- dicuci bersih, rendam ayam dengan air yang dicampur 1 /4 cawan cuka selam 10-15 minit dan tapis/keringkan airnya

Bahan Perap 
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit Arabic mixed spice
Serbuk lada hitam
Serbuk cumin
Serbuk corainder
Serbuk bawang putih 1 biji lemon diperah ambil jusnya
Serbuk paprika
Dry oregano Fresh rosemary leave- ditumbuk halus dan dicampur dengan olive oil

1 labu bawang putih
1-2 biji bawang besar (small size-jangan dipotong)
Baby potatoes secukupnya (dibersihkan dan dicucuk sedikit dengan garfu)
1 batang carrot di potong kasar-jika suka
1 biji capcicum dipotong 4

1. Campurkan kesemua bahan perap di dalam Oven Bag kecuali olive oil yang ditumbuk dengan rosemary dan masukkan ayam.
2. Gaulkan bahan perap sehingga sebati, luar dan dalam ayam tu.
3. Masukkan rosemary olive oil dan lumurkan rata luar dan dalam, ayam,
4. Masukkan kentang, capsicum, carrot, bawang merah dan bawang putih, gaul sebati.
5. Apabila sayur sebati bersama rempah ratus ambil bawang dan capsicum, sumbatkan ke dalam ayam kemas- kemas.
6. Ikat kaki ayam kemas- kemas supaya bawang dan capsicum tak keluar.
7. Simpan ayam di dalam peti sejuk dan biarkan terperap selama beberapa jam atau semalaman sebelum dibakar dalam oven.
8. Sebelum bakar ayam, ikat Oven Bag kemas- kemas dengan pengikat khas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30-45 minit pada suhu 200C.


Selamat mencuba.

(Source)

SHARE :
Angkasa News Agency Global
 
Copyright © 2018 Hari Hari Sehat Bersama. All Rights Reserved. Powered by Angkasa News Agency Global